Peminat Misteri

Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Wednesday, 5 March 2014

Nilai Sekeping Syiling

Assalamualaikum . Hai . Peace yo =)

Lama tak menconteng kat laman blog ni . Selalu ada je cerita . Tapi bila takde mood nak menaip , mula lah cerita itu lesap dengan sendiri . And at the same time , blog ini akan berhabuk dengan sendiri nya . haha . Sabar je lah . Aku bukan pakar bahasa . Bukan Geng sastera . Lain lah kalau Hebat sastera , Hari-2 aku tulis puisi , ayat yang berbunga bagai dalam ni . Confirm sehari 2 atau 3 post . haha . Aci tak ? >.<


Weh . Amende tu ? Siapa tak kenal ? Angkat tangan macam saya *.* .
Haha . Kalau tak kenal tu , suruh parents hantar tadika balik . Belajar ABC lagi sekali . :P
Okey Back to the title of the post | Nilai sekeping syiling |

Tadi aku keluar dengan kawan-2 . Kononnya pergi pasar malam la kan . Lepas tu dah habis beli makanan apa semua , kitorang pun duduk makan dekat satu kedai kat Tesco . Makan punya makan , datang lah seorang mamak ni . Dia tak cakap apa-2 pun . Just datang intai je . Kitorang rasa  tak selesa pulak . Dah lah tumpang makan kedai orang , tapi tak order apa-2 pun . So , without hesitation , kitorang pggil mamak tu , dan order tea o ais 3 gelas .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Dah habis menjamu selera , kitorang pun nak bayar lah air yang diorder tadi . Kesuma pergi bayar sendiri . Aku intai duit dalam beg duit ( 50 sekeping , 5 ringgit sekeping , 20 sen 2 keping , 10 sen sekeping )

'' Weh , air ni berapa ringgit hah ? ''
'' selalu standard seringgit je . ''
'' Aku rasa 1.20 lah , 20 sen lagi tu upah dia ''
'' Nah , ambik ni ( 5 ringgit sekeping , 20 sen 2 keping , 10 sen sekeping ) . Kau tolong bayar untuk aku jugak . Tapi Make sure tak guna duit yang seringgit lagi kalau lebih dari seringgit air dia . Ko guna je syiling tu ''

..................................................................................................................................................................

'' Berapa air dia , ?''
'' Seringgit doploh sen ''
'' Bak balik baki aku ''
'' Nah , ( Empat ringgit je ) ''
'' Eh , balance syiling aku mane weh ? ''
'' La , berkiranya , kira halal je lah weh ''
'' EH , tak boleh aku takde duit, pokai sekarang . Hahaha ''
'' Nah , ambik ni ( 50 sen sekeping ) ''
'' Baki kau ( 20 sen sekeping ) ''
'' Tak cukup weh , mana sepuluh sen aku lagi . ko patut bagi aku 30 sen kot .''
'' Weh , dah cukup la . AKu bagi tadi 5 hinggit 50 sen . Air 1.20 . Ko patut bagi aku balik 4 hinggit 30 sen . Cukup da lah weh . :P ''
'' Eh eh . My fault . Haha . ''
...................................................................................................................................................................

'' Ieyla , jom teman aku pergi solat kejap ''
''jom ''
'' EH , ko ade duit doploh sen sekeping tak ? Aku nak timbang berat . ''
'' Ade , Nah . nanti ko bayar balik eh ''
'' Taknakkk ! ''
'' Ah , tak kira . Hahahaha ''
..................................................................................................................................................................

See , betapa penting nya duit tu walaupun hanya sepuuh sen . Cuba korang fikir balik . Berapa besarkah nilai sepuluh sen di mata korang ? Mungkin selama ini , duit itu hanya berada di longkang rumah korang ? Cuba imbas kembali kenangan bersama duit syiling sepuluh sen . ! :P





Selamat berbelanja ! Assalamualaikum :)

Friday, 28 December 2012

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya


Assalamualaikum | Salam 1 Malaysia .

Ceewah , semangat  1 Malaysia lah aku nih . Kalau lah semua rakyat bersemangat macam aku ( tangan ke bahu mata ke atas )  pasti slogan 1 Malaysia dapat direalisasikan . Muahaha . Mencarut kejap .  Melentur buluh biarlah dari rebungnya . Tu tajuk entry aku hari ni . Eh , tak tau apa maksud peribahasa ni ? Weh weh cikgu BM ko tak ajar ke ? Ok meh aku jadi cikgu sat no . Psst ,jangan ada yang jelez bagai okay . 

Murid-II peribahasa untuk hari ini ialah melentur buluh biarlah dari rebungnya yang membawa maksud mendidik anak-II biarlah dari kecil lagi . Cuba korang fikir , buluh kalau dah tua kan mesti keras dan tak boleh nak dilentur da . Sama jugak dengan manusia . Manusia dilahirkan ibarat kain putih yang suci dan disitulah  bermulanya tugas ibu bapa untuk melukis corak yang macam mana . Jika hitam corak yang dilukis tu , maka begitulah perjalanan hidup anak mereka nanti . Haa , take a note yer parents .]] Budak kalau masih kecil & sudah dididik dengan ilmu agama , sudah tentu mereka mudah memahami dan mengingati sesuatu perkara coz hati mereka masih belum diselaputi dosa .

Situasi 1 :

Aku bercakap dengan budak umur 6 Tahun .
Aku : Kakak , jom solat Isya’ dengan kak Ika .
Kakak : Jom .

Berbeza bila bercakap dengan budak yang berumur 8 tahun .
Aku :  Adik , jom solat Isya’ dengan Kak Ika .
Adik :  Malas eh .
See ? Salah sape ? Tanya diri sendiri .

Situasi 2 :

Aku berada di atas kereta ondaway ke Perlis bersama sepupu aku dan anaknya yang berumur 6 tahun . Si budak ni meminta untuk memakai earfon yang dipakai oleh aku untuk mendengar lagu sepanjang perjalanan . La la la la . Sayup-II aku mendengar dia menyanyi lagu yang baru didengar dari Mp3 kepunyaan aku .  Pengajaran disini ialah , budak yang masih kecil hatinya juga masih bersih . Jika dia didedahkan dengan sesuatu benda pada umur nya itu , nescaya dia akan mudah mengikuti dan mengingati dengan mudah . Tu baru dengar lagu , kalau bagi dengar ayat quran ? Subhanallah . Cantiklah akhlak budak itu jika awal-II lagi dididik dengan ilmu agama .

# Baru aku perasan entry ni tak bergambar . Weehe , mohon jangan boring membacanya . Ringan-II kan tangan untuk Mengomen eh . >.<

Thursday, 20 December 2012

Is it true ?

Assalamualaikum | Hai readers .

Hari ni aku nak kongsi 1 fakta .


Betul tak ? Tepuk dada tanya hati . :)

Tuesday, 4 December 2012

Doa Otak Ibadah

Assalamualaikum | Hye Readers !

Okaii . Korang sehad ?

Hari ni aku nak kongsi something yang sering korang lakukan dalam hidup . DOA ! perkataan ni da memang sinonim kan dalam kamus hidup korang ? :D . Pada zaman RASULULLAH S.A.W dahulu , ada seorang hamba bertanya :

 ''Ya Rasulullah , apakah benda yg paling hebat sekali atas dunia ni ?''

'' Api , kerana ianya sgt lah panas . Tetapi benda yg lagi hebat dari api ialah air kerana air dapat memadamkan api yang panas itu . Namun , angin lebih hebat lagi dari air kerana boleh menentukan arah air mengalir . Walaupun yg sedemikian , hembusan nafas orang yang berdoa lagi hebat dari segala-II nya kerana ia bisa mengubah takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T ''

Maka dari cerita di atas , jelaslah bahawa doa dapat mempengaruhi & merubah kehidupan kita sebagai makhluk ALLAH . Kembali kepada tajuk kita , DOA OTAK IBADAH . Setakat yang korang tahu , apa itu otak ??  Korang ada otak x ? Mestilah ada kan . Kalau tade alamatnya da xhidup atas dunia ni lha kita kan . Otak ni organ yang paling penting dalam hidup kita & yang paling atas sekali . Tak percaya ea ? Cuba pegang kepala korang ? Haa , dalam tu ada otak . Haha . :D . Otak ini disamakan dengan doa kerana Nabi telah meletakkan doa sebagai perkara yang paling atas .


Sebagai manusia , kita mestiah sentiasa berdoa kepada ALLAH .  Nak tau tak kenapa ? coz Doa ni sebagai penghubung kita dengan pencipta kita , ALLAH . Dalam surah Al-fatihah ayat 4 : '' Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan . '' . Namun begitu aku sedih dengan perkara yang berlaku pada manusia akhir zaman ini . Mereka sujud kepada ALLAH , mereka sembah ALLAH  , tetapi bila saja mereka ada masalah , mereka syirik kepada ALLAH . Mereka lebih percaya kepada anasir laen spt pawang / bomoh . Cuba kita renungkan kembali , tak ada sorang pun manusia atas dunia nih yang tak berdoa hatta pencuri sekalipun , contoh : '' Ya ALLAH , mintak-II lah xde org dalam rumah ni '' . Haa , See ? :D

Doa ni bermaksud apabila orang yang di bawah mintak dengan orang yang di atas . Contoh , '' Ya ALLAH ,  bagi aku kaya '' . Adakah itu satu permintaan atau arahan ?  Cuba fikirkan kembali setiap bait-II doa kita . Siapalah kita hendak bagi arahan kepada pencipta kita .

Doa terbahagi kepada 3 :

1 . ALLAH makbulkan permintaan kita .Apabila doa kita dimakbulkan , maka jangan lupa untuk bersyukur sebanyak- banyak nya kepada ALLAH . Kita juga xboleh lupa diri dengan nikmat yang telah ALLAH berikan . Elakkan dari sifat riak & sebagainya . Namun jika ALLAH memakbulkan doa orang yg jahat , itu xbrmakna ALLAH sayang dia .

2 . ALLAH menangguhkan doa kita  . Hal ini kerana mungkin ALLAH suka mendengar doa kita . lantaran itu DIA melambatkan untuk menunaikan permintaan kita .

3 . ALLAH simpan dahulu doa kita . Mungkin doa kita tu , ALLAH simpan dahulu dan tunaikan dalam syurga nanti .

ALLAH itu sentiasa berada dekat dengan hamba-II nya . Sebagaimana ALLAH berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 186 : '' Dan apabila hamba-hamba KU bertanya kepadamu ( Muhammad ) tentang Aku , maka sesungguhnya Aku dekat . Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada KU  . Hendaklah mereka itu memenuhi ( perintah )-KU dan beriman kepada KU agar mereka memperoleh kebenaran ''


P/s : Entry ini agak borink mgkin . Namun ia memberi panduan utk kita semua .
Renung-II kanlah dan selamat beramal . :D 
Sekadar berkongsi sedikit ilmu yg telah aku kutip dalam program HALAQAH dengan tajuk DOA .
Huraian yg ringkas & padat oleh USTAZ MOHAMAD KAZIM ELIAS

Monday, 26 November 2012

Jenis Mimpi Ketika Tidur

hye | korang sehad tak ?
hari ni aku nak kongsi something dgn korang .
Err , korang penah mimpi tak ?
mesti lah pernah kan .
Haa , hari ni aku nak kupas sal tajuk mimpi siked .
Nih , menurut Rasulullah S.A.W ,
mimpi ni ada 3 kategori .
meh sama-II kita check , mimpi korang dalam kategori mana .

1 . Mimpi yang buruk / Bisikan syaitan / Mainan syaitan . Sebagai contoh , korang mimpi rumah korang dirompak dan korang ditikam dll . Kalau korang rasa ada bermimpi pasal ni , alamatnya tu hanyalah mainan tidur je . Rasulullah S.A.W ada mengajar kaedah-II yang perlu dilakukan jika korang bermimpi mimpi buruk .
Kaedah pertama : Korang berdoa lah dan mintak perlindungan drpd ALLAH S.W.T agar dijauhkan dari perkara yang korang mimpi tu .
Kaedah Kedua : Korang Ludah di kiri korang sebanyak 3 kali .
Kaedah ketiga : Korang beralih tempat tidur dr tempat tidur asal tu .
Kaedah keempat : Korang bangun dari tidur ,Bersihkan diri & beribadatlah kepada ALLAH .


2. Mimpi tentang sesuatu yang korang lihat/baca sebelum tidur . Sebagai contoh sebelum tidur tu korang baca komik , haa , dalam mimpi korang ni korang masuk dalam dunia kartun komik tu lah .So , digalakkan untuk budak sekolah  err , macam aku ., untuk baca buku / study sebelum tidur .
Insya ALLAH dengan izin ALLAH apa yang korang baca sebelum tidur tu , akan diimbas kembali dalam tidur korang .


3. Mimpi tentang kebaikan iaitu satu juz dari 46 juz kenabian . Mimpi ni mgkin petunjuk dari ALLAH dan kita harus lah bersyukur jika bermimpi ke arah kebaikan .


Err , ada jgk orang cakap kat aku kalau kita bermimpi dan terjaga sebelum subuh , maka itu adalah mimpi yang benar . tetapi sebaliknya jika kita tersedar selepas subuh , itu hanyalah mainan tidur .
untuk memastikan kebenarannya tanyalah orang yang pakar tafsir mimpi . :D

P/S : sebelum tidur amalkanlah baca ayat kursi , 4 qul , serta doa tidur . insyaALLAH tidur kita lena & dapat bangun pada malam hari untuk beribadah kepada NYA . Renung-II kanlah & selamat beramal . :D


Friday, 20 July 2012

9 Adab ketika marah menurut ISLAM


hye , 
haa , camne korang hari ni ? sihat tak ?
ala , tamoo masam-II , tau la hari ni first day puasa .
kalau puasa , kena senyum selalu tau . baru lha ada energy .
kalau monyok je , lagi lha kita rasa letih .
so , senyum siked ;) . haa , tuu dia . cantik kan .


okay lha , hari ni aku nak kongsi something siked ngan korang .
korang mesti ad perasaan nak marah kan kalau ad benda yang tak menyenangkan korang ?
then , nak buat apa kalau nak marah ?
nak berdendam ?
tak elok pulak nak simpan dalam hati lama-II nanti makan hati pulak .

Rasulullah S.A.W pernah menasihatkan seorang lelaki .
' Jangan marah ' ( riwayat al-bukhari)
menurut al-khattabi , maksud larangan tersebut adalah menjauhi sebab-II yang mencetuskan amarah
dan jangan melakukan sesuatu ke arah sikap tersebut .
Ni antara adab-II ketika marah ;
  • Jangan marah kecuali kerana ALLAH .Sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : '' Demi ALLAH , baginda tidak pernah marah kecuali apabila larangan ALLAh dilanggar , maka baginda akan marah kerana ALLAH , ''
  • Ingat kekuasaan dan keagungan ALLAH ketika marah .
  • Menahan marah . ALLAH menyukai orang yang menahan marah sebagaimana firman-NYA yang bermaksud : " Dan orang yang menahan marahnya dan memberi maaf kepada orang lain dan ALLAH mencintai orang yang berbuat kebaikan "
  • Berlindung kepada ALLAH ketika marah . Rasulullah bersabda yang bermaksud : " Jika seseorang yang marah mengucapkan A'uzubillah ( aku berlindung kepada ALLAH ) , nescaya akan reda kemarahannya. "
  • Diam . Daripada Iman Ahmad , maksud sabda Rasulullah SAW : " Ajarilah , permudahkanlah dan jangan menyusahkan . Apabila salah seorang daripada kalian marah , maka hendaklah ia diam . "
  • Mengubah posisi . Sabda Rasulullah SAW maksudnya : " Jika salah seorang daripada kamu marah ketika berdiri , maka hendaklah ia duduk . Apabila marahnya tidak hilang juga , maka hendaklah ia berbaring , "
  • Berwuduk . Marah itu api syaitan . Oleh sebab itu sejukkan marah dengan berwuduk .
  • Bersabar dan memaafkan . Sebaik-baik orang yang marah , memaafkan orang yang dimarahinya . Maksud firman ALLAH : "Dan jika mereka marah , mereka memberi maaf . "
  • Jangan berdendam . ALLAH berfirman yang bermaksud : "Dan jika kamu memberikan balasan , maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu . Jika kamu bersabar , sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar . "
so , renung-renugkan lah dan selamat beramal .
sama-II lha kita bermuhasabah diri 
sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini , ;)



Wednesday, 7 December 2011

fakta mngenai LELAKI


hyee . :)
na kongsi fakta ngan korang cked .
to all gurlz : important tau .
lau na jage aty ur partner .

this is a little statement that i can share with you .

1)Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
2)Lelaki benci kekasih di'ngurat'
3)Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
4)Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
5)"Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
6)Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
7)Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
8)Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
9)Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
10)Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
11)Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..
12)Lelaki juga boleh menangis!
13)Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
14)Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
15)Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
16)Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
17)Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
18)Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
19)Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
20)Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi 
21)Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
22)Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.
23)Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
24)Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
25)Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
26)Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. 27)Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
28)Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
29)Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
30)Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
31)Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
32)Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
33)Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
34)Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
35)Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
36)Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
37)Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
38)Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
39)Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
40)Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.