Peminat Misteri

Friday, 10 August 2012

Semakin Terasa ?

 
 hye readers !
so , camne persiapan raya korang ? dah siap blum baju raya ?
haa , sape yang belum ada baju raya tu , pegi ambk suis mercedes, p kedai skrg jgak beli !
haha . takut t habes kang ade lha plak yg tak raya 
bukan apa , aku takut korang raya berlinangan ngan air mata jer takde baju raya .
but actually , takde mende tuh semua pun boleh raya ag .
tapi dah memang menjadi adat kan , semua benda tu ?
kalau takde rasa macam weird jer pulak .
tapi korang mesti ingat tau , berbelanja pun pandai-II lah lah , jgn sampai terlalu membazir
kita mesti ingat , kasihan kat orang yang tak brapa berkemampuan.
mesti raya dorang ala kadar jer .
tapi sebenar nya , aku rasa raya dorang sebenarnya lebih meriah dari taya kita tau .
nak tau tak knapa ?
coz , mereka sambut hari raya dgn pnuh kesyukuran & saling bermaafan dgn sepenuh hati .


okey , back to the topic !
sekarang kalau pasang radio pun dah dgr lagu raya kan ?
kat supermarket mana-II pun sibuk buat promosi sempena raya .
kasut la , baju la , beg la . macam-II la . sampai aku pun rambang mata tengok semua tu .
pendek kata semua benda pun dah berkait dgn raya .
cam sekejap jer kan bulan yang mulia ni?
pejam celik pejam celik hari ni dah hari yang ke 22 kita puasa .
tapi cukup tak ibadat kita sepanjang bulan ni ?
harap-II semua ckup la eh . aku pun takde lha ckup sangat pun .
tapi alhamdulillah , aku masih boleh jaga yang wajib dan masih diberi kudrat untuk membuat ibadah sunat
 Haa , semakin terasa kan raya ?
warna apa baju raya korang ?
aku tahun nim tema warna GOLD ! haa , sape yang sepadan ngan aku tu cer kabo ?
HAHA . ok lah .
tu jer untuk kali nih !
*ps | semoga sama-II la kita tambah amalan untuk hari-II yang tggal dalam bulan Ramadhan ni . ;)

Friday, 3 August 2012

tegur adik-II sambil ubah diri

Hye ! camne semua ? sehad x ? camne ramadhan korang ? full ag setakat ni ? kalau full alhamdulillah . Kalau x , nauzubillah . HEHE . Kalau yg pompuan x full tuh mesti ad sebab kan ? Tapi taktau lha takut ad jugak yang buat-II tak ckup , tapi kalau laki xpnuh tu pelik lha , memang xleyh nak buad suami lha orang laki spesis gini . Hope puasa korang tahun ni lebih baek dari yang sebelum nya tau ! Coz tak smstinya next year kita masih sempat Ramadhan . 

IF 11 MONTHS ARE STAINS , LET RAMADHAN BE THE CLEANER

Okay , dah sekarang aku nak ckap sal tajuk nih . Before bulan ramadhan , ustazah Haniza ada lha suruh Emah cari dalam 15 orang form 4 pompuan untuk jadi naqibah ( kak usrah ) . So , Emah pun tanya lha aku n kawan-II , nak tak terlibat nih ? Aku pun join lha . Walau awal-II aku rasa xyakin gak boleh handle benda nih coz yer lha kan , aku nih nak kata warak , x lha jugak , aku biasa-II jer . Aku takut nak pegang tanggungjawab ni sbab aku takut aku tak mampu . Tapi lepas kawan-II aku bagi aku support n bg keyakinan kat aku , aku tawakkal jer . Coz ALLAH always be with us . 

Usrah ramadhan ni juz untuk budak-II form 1 jer , coz Ustazah gtau budak-II senang ag nak bentuk . Kalau dah naik form 4 tu memang susah dah nak tegur coz jadi hati dah gelap ! First perjumpaan ngan ustazah tu , ustzh pun bg lha senarai nama kumpulan , Aku excited gila lha nak tau sape adk-II usrah aku .Tengok punya tengok , satu pun aku xknal . HAHAHA . * aku xkenal sangat budak form1 sekolah aku . kalau yang buad prangai tu aku kenal lha . Hari first usrah tu aku kenal lha ngan adk-II aku , ALHAMDULILLAH, adk-II aku xde pun yang perangai x baek . Semua ok-II jer . Adik usrah aku adA 6 orang , semua baek-II . Mula-II tu dorang nmpak cam takut jer kat aku . HAHA , * muka aku nih ad rupa harimau ke ? Adk syg , Kaq Eika x makan orang la , kaq makan nasi . HEHE . 



Aku pun mula lha berUSRAH dngan mereka . Ustzh pesan kat para naqib naqibah ni supaya tekan bab-II solat kat adk-II ni coz nmpak mereka nih lalai cked ngan solat . Cakap punya cakap , tak tau lha mereka paham x . Tapi nmpak muka tu macam focus jer . Tatau lha takut masuk telinga kanan keluar telinga kiri . HAHA . Aku cakap ngan dorang bab-II solat lha , Aku cakap solat ni tiang agama , kalau dah kita tnggal solat , maka runtuh lha agama kita . Kita nih dah ibarat org kafir lau x solat coz prkara yg mmbezakan kita ngan org kafir SOLAT lha . Bukan pyah pun solat , x smpai 5 minit pun kan kita solat ? So , xsusaa pun sebenarnya kan ? Kalau xnak rasa trbeban ngan solat tu , bnyi jer azan trus lha solat .

Ada lha adik aku nih tanya .

Adik : Kaq eika , buleh dok maem FB bulan puasa ni ?
Kaq Eika : Buleh lha deq , tapi jgn smpai melalaikan , yang jadi xboleh tu coz kita jadi lalai . Syok cgat maen smpai tggal solat . 

Adik : Buleh dok pakai earphone bulan puasa ?
Kaq Eika : Yup , buleh . Tapi tujuan adeq tu nak buad apa ? Dgr lagu ea ?
Adik : A'ah kaq ,
Kaq Eika : Dengar lagu tuh x salah ,tapi kalau boleh elakkan lha coz ia boleh mengurangkan pahala puasa kita . 

Kalau boleh dalam blan puasa nih bnyakkan baca Quran dan solat sunat . Memang lha aku nih xprfect jugak n aku pun lebih kurang adik-II aku nih jer . Tapi sambil-II tegur adik-II aku boleh muhasabah diri .Aku boleh Ubah diri kan ? Insyaallah , segala amalan di bulan puasa nih akan berkekalan walau slepas bulan puasa .

Kepada adik-II akak , kak harap adik-II xtggal solat wajib ea ? and kalau ad masa trluang tu , buat lha solat sunat and baca Quran . Ingat nasihat kaQ tau . ;) .


''IF YOUR LEGS CAN'T TAKE YOU TO PRAYER ,
THEN HOW DO YOU EXPECT THEM TO CARRY YOU TO PARADISE ??''

Thursday, 2 August 2012

Diserbu perasaan MALAS

hye !
haa , baca tajuk tah pape tu .
actually aku nak story bnyak benda ngan korang 
BUT 
ni lah masalah ,
aku dah DISERBU PERASAAN MALAS

selalunya ni lah masalah pelajar-II kan ?
and pelajar-II itu termasuklah AKU !
entah lah camne perangai MALAS ni boley wujud kan .
HAA , kalau sape-II rasa banyak sangat virus MALAS nih terjangkit kat dia ,
cepat-II lah cari cara nak buang virus ni ,
coz kalau dah terlalu banyak virus ni ,
boleh menyebabkan kita jadi MALAS SOLAT jugak tau !
bukan setakat malas belajar je ,
tapi benda yang WAJIB pun jadi malas .

ok , tu jer yang aku kongsi hari ni ,
BYE !

Friday, 20 July 2012

9 Adab ketika marah menurut ISLAM


hye , 
haa , camne korang hari ni ? sihat tak ?
ala , tamoo masam-II , tau la hari ni first day puasa .
kalau puasa , kena senyum selalu tau . baru lha ada energy .
kalau monyok je , lagi lha kita rasa letih .
so , senyum siked ;) . haa , tuu dia . cantik kan .


okay lha , hari ni aku nak kongsi something siked ngan korang .
korang mesti ad perasaan nak marah kan kalau ad benda yang tak menyenangkan korang ?
then , nak buat apa kalau nak marah ?
nak berdendam ?
tak elok pulak nak simpan dalam hati lama-II nanti makan hati pulak .

Rasulullah S.A.W pernah menasihatkan seorang lelaki .
' Jangan marah ' ( riwayat al-bukhari)
menurut al-khattabi , maksud larangan tersebut adalah menjauhi sebab-II yang mencetuskan amarah
dan jangan melakukan sesuatu ke arah sikap tersebut .
Ni antara adab-II ketika marah ;
  • Jangan marah kecuali kerana ALLAH .Sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : '' Demi ALLAH , baginda tidak pernah marah kecuali apabila larangan ALLAh dilanggar , maka baginda akan marah kerana ALLAH , ''
  • Ingat kekuasaan dan keagungan ALLAH ketika marah .
  • Menahan marah . ALLAH menyukai orang yang menahan marah sebagaimana firman-NYA yang bermaksud : " Dan orang yang menahan marahnya dan memberi maaf kepada orang lain dan ALLAH mencintai orang yang berbuat kebaikan "
  • Berlindung kepada ALLAH ketika marah . Rasulullah bersabda yang bermaksud : " Jika seseorang yang marah mengucapkan A'uzubillah ( aku berlindung kepada ALLAH ) , nescaya akan reda kemarahannya. "
  • Diam . Daripada Iman Ahmad , maksud sabda Rasulullah SAW : " Ajarilah , permudahkanlah dan jangan menyusahkan . Apabila salah seorang daripada kalian marah , maka hendaklah ia diam . "
  • Mengubah posisi . Sabda Rasulullah SAW maksudnya : " Jika salah seorang daripada kamu marah ketika berdiri , maka hendaklah ia duduk . Apabila marahnya tidak hilang juga , maka hendaklah ia berbaring , "
  • Berwuduk . Marah itu api syaitan . Oleh sebab itu sejukkan marah dengan berwuduk .
  • Bersabar dan memaafkan . Sebaik-baik orang yang marah , memaafkan orang yang dimarahinya . Maksud firman ALLAH : "Dan jika mereka marah , mereka memberi maaf . "
  • Jangan berdendam . ALLAH berfirman yang bermaksud : "Dan jika kamu memberikan balasan , maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu . Jika kamu bersabar , sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar . "
so , renung-renugkan lah dan selamat beramal .
sama-II lha kita bermuhasabah diri 
sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini , ;)