Peminat Misteri

Wednesday 19 February 2014

Sedar Atau Tidak ?

Assalamualaikum | hai | Peace yo . >.<

Pehh . Panas gila cuaca sini ( Perak ) Since aku menjejak kaki kat sini , 11 / 1 /14 , baru sekali hujan . * Sampai boleh kira . Nampak tak kepanasan nya . ? Err . Agak lah . Sampai  jari yang aku pakai cincin , Burn . Hoho . Agak panas disitu . ==' . Abaikan .

Cuba korang ingat balik :

1 . Bila korang cukup je 9 bulan dalam kandungan Ibu korang , Ibu dah habiskan banyak duit untuk korang .Bayar perbelanjaan di hospital .

2 . Bila cukup je 1 tahun , banyak benda yang perlu dibeli . Baju baru , permainan korang , botol susu , pampers , and so on .

3 . Bila genap je 5 tahun , baju baru lagi sebab yang lama dah xmuat . Korang merenget lagi mintak permainan bila tiba je di market . tak cukup dengan tu , Tengok kakak abang korang beli beg sekolah , korang mintak jugak . Ibu tetap beli .

4 . Sekarang 6 tahun , dah masuk sekolah . Lagi la banyak yang Ibu terpaksa habiskan . Baju sekolah , Yuran sekolah , Alat tulis , Kasut sekolah . Bila pergi sekolah , korang nampak kawan-2 main patung Barbie , korang mintak lagi dengan ibu .

5 . 13 tahun , semakin besar dan semakin pandai berfikir . Orang tu pakai ni , kita nak jugak . Orang tu guna ni , kita nak jugak . Orang tu bawak ni , kita nak jugak . Semua Ibu beli .

6 . 16 tahun , dah mencecah usia remaja . Kawan semua pakai handphone . Korang balik rumah buat muka , mintak handphone dgn Ibu . Ibu beli sebab taknak korang sedih ..

7 . Bila dah Habis SPM , korang masuk U . Ibu sanggup habis beribu-ribu demi melihat anaknya berjaya . Semua wang dalam simpanan yang disimpan , rela dihabiskan semata-mata untuk menghantar anak ke Universiti .

Sedar atau tidak ?
Sejak dari hari pertama kita buka mata di dunia , sudah banyak yang ibu habiskan untuk kita .
Sedar atau tidak ?
Sudah banyak pengorbanan yang ibu lakukan .
Sedar atau tidak ? 
Mereka hanya ingin melihat kita berjaya .
Sedar atau tidak ?
Umur mereka semakin lanjut .
Sedar atau tidak ?
Mereka sedang membilang hari untuk menemui pencipta . 
Sedar atau tidak ?
Kita belum membalas walaupun 1 % jasa dan pengorbanan mereka .

Wahai pembaca , kenanglah jasa ibu  anda . :) . Peluk lah mereka . Sayangilah mereka sementara kita masih ada masa .

# Love you Umy ~ I really miss you .




Sekadar peringatan | Assalamualaikum .

2 comments:

arini_yunus said...

like!!!!!terhaarruuu

cikmudahimawary said...

wahhhh . ciannya . tape2 smua terbaik dmi msa dpn mcm twin je