Peminat Misteri

Tuesday, 4 December 2012

Doa Otak Ibadah

Assalamualaikum | Hye Readers !

Okaii . Korang sehad ?

Hari ni aku nak kongsi something yang sering korang lakukan dalam hidup . DOA ! perkataan ni da memang sinonim kan dalam kamus hidup korang ? :D . Pada zaman RASULULLAH S.A.W dahulu , ada seorang hamba bertanya :

 ''Ya Rasulullah , apakah benda yg paling hebat sekali atas dunia ni ?''

'' Api , kerana ianya sgt lah panas . Tetapi benda yg lagi hebat dari api ialah air kerana air dapat memadamkan api yang panas itu . Namun , angin lebih hebat lagi dari air kerana boleh menentukan arah air mengalir . Walaupun yg sedemikian , hembusan nafas orang yang berdoa lagi hebat dari segala-II nya kerana ia bisa mengubah takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T ''

Maka dari cerita di atas , jelaslah bahawa doa dapat mempengaruhi & merubah kehidupan kita sebagai makhluk ALLAH . Kembali kepada tajuk kita , DOA OTAK IBADAH . Setakat yang korang tahu , apa itu otak ??  Korang ada otak x ? Mestilah ada kan . Kalau tade alamatnya da xhidup atas dunia ni lha kita kan . Otak ni organ yang paling penting dalam hidup kita & yang paling atas sekali . Tak percaya ea ? Cuba pegang kepala korang ? Haa , dalam tu ada otak . Haha . :D . Otak ini disamakan dengan doa kerana Nabi telah meletakkan doa sebagai perkara yang paling atas .


Sebagai manusia , kita mestiah sentiasa berdoa kepada ALLAH .  Nak tau tak kenapa ? coz Doa ni sebagai penghubung kita dengan pencipta kita , ALLAH . Dalam surah Al-fatihah ayat 4 : '' Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan . '' . Namun begitu aku sedih dengan perkara yang berlaku pada manusia akhir zaman ini . Mereka sujud kepada ALLAH , mereka sembah ALLAH  , tetapi bila saja mereka ada masalah , mereka syirik kepada ALLAH . Mereka lebih percaya kepada anasir laen spt pawang / bomoh . Cuba kita renungkan kembali , tak ada sorang pun manusia atas dunia nih yang tak berdoa hatta pencuri sekalipun , contoh : '' Ya ALLAH , mintak-II lah xde org dalam rumah ni '' . Haa , See ? :D

Doa ni bermaksud apabila orang yang di bawah mintak dengan orang yang di atas . Contoh , '' Ya ALLAH ,  bagi aku kaya '' . Adakah itu satu permintaan atau arahan ?  Cuba fikirkan kembali setiap bait-II doa kita . Siapalah kita hendak bagi arahan kepada pencipta kita .

Doa terbahagi kepada 3 :

1 . ALLAH makbulkan permintaan kita .Apabila doa kita dimakbulkan , maka jangan lupa untuk bersyukur sebanyak- banyak nya kepada ALLAH . Kita juga xboleh lupa diri dengan nikmat yang telah ALLAH berikan . Elakkan dari sifat riak & sebagainya . Namun jika ALLAH memakbulkan doa orang yg jahat , itu xbrmakna ALLAH sayang dia .

2 . ALLAH menangguhkan doa kita  . Hal ini kerana mungkin ALLAH suka mendengar doa kita . lantaran itu DIA melambatkan untuk menunaikan permintaan kita .

3 . ALLAH simpan dahulu doa kita . Mungkin doa kita tu , ALLAH simpan dahulu dan tunaikan dalam syurga nanti .

ALLAH itu sentiasa berada dekat dengan hamba-II nya . Sebagaimana ALLAH berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 186 : '' Dan apabila hamba-hamba KU bertanya kepadamu ( Muhammad ) tentang Aku , maka sesungguhnya Aku dekat . Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada KU  . Hendaklah mereka itu memenuhi ( perintah )-KU dan beriman kepada KU agar mereka memperoleh kebenaran ''


P/s : Entry ini agak borink mgkin . Namun ia memberi panduan utk kita semua .
Renung-II kanlah dan selamat beramal . :D 
Sekadar berkongsi sedikit ilmu yg telah aku kutip dalam program HALAQAH dengan tajuk DOA .
Huraian yg ringkas & padat oleh USTAZ MOHAMAD KAZIM ELIAS

No comments: